Runner Lingo

#omaksukorunning

Hi, Assalamualaikum errbody!

Today I wanna talk about “Runner Lingo”

Apa tu? Ala…bahasa-bahasa yang runner suka gunapakai. Slang or terms. Runners are masters of using annoying acronyms. Kalau anda ada kawan-kawan runner, you will likely be confused during your normal chat and gossip session if you do not learn such acronyms as PB, DNF, DNS, PR, DFL, LSD, and PW.

I attempted to get a PB but ended up getting a PW.

I’m guilty too. Haha… I used them quite often. Mula-mula rasa macam “poyo” tapi lama-lama I kind of like it. It make me feels like I am a real runner. Hehe.

Let’s learn some runner lingo shall we!

PB = bukan peanut butter ye. PB = Personal Best. Runner kan selalunya mementingkan catatan masa mereka. So kita dapat tahu our own timing let say untuk 5km.

My PB for 5k is 33 minutes.

PR = bukan public relation hehe. PR = Personal Record = PB

PW = Personal Worst. Catatan masa larian yang paling teruk.

Marathon = 42km or 26.2 miles. So runner akan membuat muka meluat apabila anda beritahu yang sepupu anda pun masuk marathon sejauh 5km. Hehe..so, don’t!

Fun Run = Biasanya race untuk orang kebanyakan. Haha..jahat pula memberikan label kepada orang kebanyakan. I mean, fun run biasanya for fun, nothing serious. Boleh lari dengan anak, boleh lari dengan emak ayah. Selalunya finisher fun run tak dapat medal (*bling). Fun run selalunya 3km or 5km.

5k = 5 km. Selalunya runners akan sebut “5k” or “3.1miles”. Dia tak sebut 5 kilometer or 5 km. Mengada-ngada betul runner ni kan? Contoh ayat:-

Ey..marilah join fun run dengan aku. 5k je..moh lah”

10k = 10 km or 6.2 miles.

HM = Half marathon = 21 km = 13.1 miles.

FM = Full marathon = 42 km = 26.2 miles. Contoh ayat poyo:-

Tahun ni aku join HM aje kot. Malas nak buat FM. Penatlah!

(HM “aje” katanya – berlagak sungguh haha)

Ultra = Kalau race itu lebih dari FM ia akan dipanggil Ultra marathon. Selalunya bermula dengan 50 km. Ada yang lajak sehingga 100 km pun ada. Tsk..tsk.. salute! Memang ada runner yang sanggup berlari sejauh itu. Janganlah terkejut ye.

Bib = Nombor giliran yang dipakai pada baju pelari.

Bling = Medal = Hardware = hadiah yang disarungkan pada pelari sesudah selesai berlari dan runners memakainya ke hulu ke hilir dengan hidung kembang kempis (bangga)

Finisher T-shirt = selain mendapat “Bling” runner yang berjaya menghabiskan lari HM ataupun FM akan diberikan Finisher T-shirt. Ini akan menjadi kebanggaan runner itu dan akan memakainya sehingga lusuh. (owh..saya belum pernah dapat lagi finisher t-shirt sebab saya belum pernah masuk HM)

The Wall = Ialah tatkala seorang runner itu sudah tidak mempunyai tenaga, daya & telah demotivated untuk meneruskan lariannya. “I hit the wall”. Tapi bukanlah bermakna runner itu pergi melanggar dinding ye..tidak.

DNS = Did Not Start. Jika anda telah mendaftar untuk sesuatu race. Tetapi anda tidak menghadirinya. Nanti semasa result larian keluar, pada nama anda itu akan tertera DNS

DNF = Did Not Finish. Anda memang berlari dalam race itu. Tapi mungkin nasib tidak menyebelahi anda, maka anda tidak berjaya melepasi garisan penamat. Jadi anda DNF.

Aku bengang giler. Ada ke race result cakap aku DNF. Apa kah ini? Aku amarahlah!

Ha..gitu..ok rasanya cukup la dulu. Ada banyak lagi runner lingo yang digunakan. Tapi kita share di lain waktu ye.

Semoga lepas ni anda pun boleh menggunakan runner lingo tersebut supaya kelihatan seperti runner handalan dan lebih cool. Haha

Jumpa lagi!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s