5 Tips budget Untuk Menjadi Seorang RUNNER (Peralatan)

#omaksukotips

Assalamualaikum, Hi semua.

Pada suatu hari yang indah, anda terjaga dari tidur yang lena dan mendapat idea bijak untuk menjadi seorang RUNNER. Tahniah!! Itu memang idea yang sangat bijak dan menguntungkan.

Ramai yang kata sukan Marathon ini mahal. Memang betul, saya setuju. Hari ini saya hendak kongsikan tips untuk menjadi seorang runner. Saya mulakan dengan peralatan yang mesti ada berserta dengan budgetnya. Ini adalah 5 perkara penting yang perlu ada untuk anda memulakan larian anda yang pertama. Harus dinyatakan di sini bahawa tips yang saya beri ini adalah pengalaman peribadi saya dan juga ditambah dari pembacaan dan dari khidmat nasihat kawan-kawan runners dan juga coach-coach tidak bertauliah. Hehe.

Ini bukan tips untuk kurus ok. Jujur saya akui saya bukanlah seorang runner yang kurus walaupun telah berlari lebih kurang 2 tahun. Berat badan saya memang telah berkurang dengan jayanya, tetapi belum mencapai berat badan ideal. Fokus saya ialah untuk menjadi seorang marathoner sebelum umur saya 40 tahun. Opss.. berapa umur saya sekarang ye?

daily-motivation-25-photos-1230

Hari ini saya kongsikan 5 tips dahulu. Sebenarnya saya olah semula entry ini dari blog lama saya (KLIK). Mari kita mulakan:-

1. Pakai kasut running. Kasut running pertama saya adalah hadiah dari suami saya. Saya masih ingat ianya berwarna hijau (warna kegemaran saya), Brand Puma. Dengan kasut itulah saya berubah daripada seorang “couch potato” kepada seorang runner. Malangnya selepas 2 bulan kasut itu dicuri. Sedih sungguh hati saya waktu itu. Tidak kisah brand apa, yang penting memang untuk running. Contoh brand: BATA, Puma, Adidas, Aasics, Nike. Harga dalam RM80 minimum boleh dapat agaknya.

2. Sports bra. PENTING. Ianya adalah sama penting seperti kasut. Saya berlari selama beberapa bulan TANPA memakai sports bra. Saya hanya pakai bra biasa. Akibatnya – cleavage saya melecet teruk. Ouchh!! Sports bra memang mahal. Tetapi belilah ye. Sebab ianya sangat penting dan berbaloi. Mungkin boleh beli 1 dulu. Melabur untuk kesihatan diri sendiri tak mengapakan?

Perbezaan berlari dengan memakai sports bra yang bagus? Mengagumkan! Rasa selesa, rasa lebih laju dan yakin. Cubalah! Jangan lupa beli yang high impact. Brand yang saya cadangkan untuk permulaan ialah MOLTEN. Good support, murah, many colours. Nanti bila dah ada budget lebih bolehlah beli brand lain yang lebih bagus.

Jangan lupa cuba dulu sports bra sebelum membeli. Cuba berlari dan melompat dengannya. Kalau selesa silalah beli. Harga brand Molten RM50 minimum. Adidas, Nike dalam RM130-150 minimum ikut impact dia. High impact lebih mahal dari low & medium impact.

3. Baju running. Sila pakai baju yang sesuai. Jangan pakai material cotton. Sila beli baju running dari warna kegemaran anda untuk menambah keyakinan. Anda boleh mulakan dengan membeli jersey. Mahal? Tidaklah. Boleh beli di factory outlet store, Sports Planet, Sports Direct, G.S Gill atau Al-Ikhsan (sekadar menyebut beberapa nama). Saya dulu beli di pasar malam saja. RM10. Hehe. Ye, tak perlu beli yang mahal-mahal. Simpan duit anda itu untuk membeli running shirt yang lebih cantik & berkualiti serta branded nanti bila anda sudah slim nanti hasil daripada berlari dengan konsisten.

Percayalah, jika anda berjaya berlari dengan konsisten, baju-baju favourite anda akan menjadi semakin longgar dan besar. Jadi gunakanlah duit yang anda telah kumpul/simpan dulu untuk membeli baju-baju baru lagi 3 bulan mungkin. Semestinya baju yang saiznya lebih kecil sebab anda rajin berlari.

4. Running pants. Ini lagi satu hal. Running pants yang berjenama untuk wanita memang mahal. Tetapi sama seperti baju running, seluar running juga boleh didapati di kedai-kedai suka budget seperti yang telah saya nyatakan di point no.3. Ini rahsia tau – di pasar malam Jalan TAR juga ada menjual running pants imitation dengan material yang berkualiti dan warna yang menarik. Cutting nya pun bagus. Mungkin anda akan berasa seperti J-Lo selepas memakainya.

Harganya pelbagai. Ikut brand, cutting dan lain-lain. Budget dalam RM40 minimum. Lagi satu rahsia, 2 minggu lepas saya belikan seluar sukan anak saya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Harganya lebih kurang RM25. Material seluar itu bagus dan selesa. Anak saya lelaki berusia 10 tahun, badannya kurus tinggi. Sedikit lagi hendak menyamai ketinggian saya. Anak saya memakai saiz 40.

Psstt…saya cuba sarungkan seluar anak saya itu. Saya muat!! Haha rasa macam hendak melompat kegembiraan. Mungkin saya akan beli running pants di kedai itu nanti? Semestinya beli saiz yang besar sedikit dari seluar anak saya.

5. Smart Phone (Optional). Anda mungkin rasa kesunyian apabila berlari bersendirian. Bawalah smart phone anda bersama. Boleh dibawa dengan menggunakan arm band yang lilit di lengan, atau pouch di pinggang, atau poket running pants atau ada juga runner yang pegang saja telefon mereka.

Putarkan lagu-lagu kegemaran anda. Lagu rancak sesuai untuk memberi semangat berlari.

Di samping memutarkan lagu, smart phone juga ada aplikasi GPS, pedometer dan anda juga boleh memuatnaik aplikasi running. Contoh applikasi running yang popular seperti: RunKeeper, Nike+ Running, Endomondo, Noom, Map My Run dan macam-macam lagi.

Dengan menggunakan aplikasi tersebut anda boleh track jarak, masa, kelajuan, kalori terbakar dan macam-macam lagi. It’s fun and cool.

Nah! Sudah cukup 5 tips budget untuk menjadi seorang runner. Apa tunggu lagi? Capailah impian anda! Jumpa lagi!!

I run, I’m slower than a herd of turtles stampeding through peanut butter. But I RUN

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s