Talk to MK – Malu

#omakcares

Assalamualaikum Omak-omak! Sejak menjadi seorang runner (yang masih beginner), banyak kali saya ditanya soalan-soalan yang selalunya menarik perhatian saya. Kadang-kadang soalan itu membuatkan saya tak lena tidur (tipu…tidur saya selalu lena). Berdasarkan soalan-soalan itu saya dapat merumuskan bahawa memang RAMAI ibu-ibu (omak-omak) sebenarnya berminat hendak berlari, tetapi terlalu banyak kekangan dan halangan.

Saya sangat memahami & simpati dengan masalah anda. Betul…saya faham. Saya juga pernah berada di tempat yang sama dengan anda. Kali ini saya kongsikan soalan dari seorang kenalan (nama dirahsiakan atas sebab-sebab peribadi) 🙂

Dear MK,

Sejak melahirkan anak ke-3 berat badan saya memang tidak mahu turun ke berat asal. Bentuk badan saya juga sudah berubah. Berubah menjadi gemuk dan tidak menarik.

Kadang-kadang saya rasa sangat tertekan. Saya rasa hodoh. Sekarang anak ke-3 ini sudah berusia 2 tahun dah pandai berdikari. Saya ada terfikir untuk berlari seperti nasihat MK pada saya. Tetapi saya ada 1 halangan. Saya MALU.

Saya gemuk, berpunggung besar dan banyak lemak di sana-sini. Saya bimbang dengan pandangan orang ramai apabila melihat saya lari. Bagaimana hendak membuang perasaan malu itu? Terima kasih

Yang benar,

~Ibu 3 Teruna~

Jawapan saya:-

Hi Ibu 3 teruna,

Mula-mula sekali saya ingin mengucapkan tahniah sebab anda berjaya membesarkan dan mendidik 3 orang anak teruna dengan baik sekali. Anda juga seorang ibu berkerjaya sama seperti saya. Saya sangat memahami erti kesibukan untuk mengimbangkan masa. Syabas juga kerana berani berkongsi masalah dengan kami semua.

Saya ingin bercerita tentang pengalaman saya. Saya seorang ibu kepada 2 orang anak lelaki yang sangat aktif. Selepas melahirkan anak saya yang ke-2 berat badan saya memang tidak turun lagi ke berat asal. Malah terus naik dan naik dan naik.

Saya mula sedar bahawa saya perlu lakukan sesuatu itupun semasa usia anak ke-2 saya 4 tahun. Saya juga pernah gemuk dan overweight.

Saya mengaku bahawa pada mulanya saya pun malu. Malu lemak badan bergegar-gegar ketika berlari. Malu sebab muka berpeluh-peluh dan mungkin ketiak berbau masam! Malu ketika bertembung dengan runner lain yang fit, slim, kurus, hot dan seksi! Malu ketika dipotong oleh runner senior yang mungkin berusia 60-an tetapi masih fit. Malu sebab tak boleh lari dengan laju.

Tell me about it. I’ve been there, done that!! Saya dah rasa semua malu-malu itu. Sekarang pun saya masih malu (kadang-kadang). Sekarang pun masih belum dapat berat ideal. Saya masih berusaha sama macam anda.

Dulu, saya berlari sambil bernafas seperti kerbau kena sembelih. Hooohhh!! Hooohhh!! Hooohhh!! Pernah berlari naik bukit. Mungkin saya bernafas terlalu kuat sehinggakan runner yang jaraknya mungkin 5-7 meter di hadapan saya menoleh kebelakang sambil memandang saya dengan terkejut. Dia bertanya “Are you ok?!”

Mesti sebab saya bernafas kuat sangat kot?! Haha!! Mungkin dia ingat saya dah nak pengsan atau mati?!

screenshot2012-08-09at11-03-21am

Tapi saya hanya ketawakan diri sendiri sambil menjawab “I’m freaking tireeeed!!” Jadi runner yang bertanya itu pun ketawa juga, tepuk bahu saya sambil berkata “Keep it up girl – you got this!” 

See – that’s the beauty in running. Everybody is supporting each other. Jangan layan sangat perasaan malu itu. Anda seharusnya bangga sebab anda telah berusaha. Semua orang ada isu masing-masing. Semua orang ada self conscious. Anda tidak berseorangan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah “Just do it” tak kira lah lemak perut & punggung bergegar, muka berpeluh-peluh dan sebagainya. JUST RUN & FINISH IT.

Akan tiba suatu masa nanti semasa anda sudah boleh berlari dengan gagahnya, anda akan tersenyum melihat seorang runner yang berlari malu-malu seperti anda dulu. Pada masa itu anda akan acknowledge runner itu, berikan senyuman yang paling manis dan mungkin berikan “Thums up” padanya sebab dia berani untuk berubah!

Pada masa itu anda boleh berkata di dalam hati “I’ve been there, done that!”

So…buang perasaan malu itu ye!!!

Sekian – hingga jumpa lagi.

Sebarang soalan dan jika ingin berkongsi masalah boleh emailkan kepada saya di alamat intansiza@gmail.com

Saya menantikan email anda!!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s