Running Moms All Around the World – Lauren Fleshman

#omaksukorunning

Assalamualaikum, Hi!

How’s your Ramadhan so far? Hari ini sudah hari yang ke-17 kita berpuasa. Semua steady saja kan?

Hari ini saya hendak kongsi tentang Running Moms All Aroud the World. Seperti yang kita sedia maklum, ada ramai pelari wanita handalan di seluruh dunia. Tapi apa cerita tentang omak-omak runner handalan di seluruh dunia? Sebenarnya saya lebih ingin kongsikan tentang runner handalan di negara kita Malaysia. Tapi kisah Lauren Fleshman ini sangat menarik sehinggakan saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menulis mengenai beliau dan berkongsi dengan anda.

Who is she?

jude500
Lauren bersama anak lelaki beliau Jude

Lauren Fleshman ialah seorang pelari professional berasal dari USA. Yang paling penting buat saya ialah beliau juga seorang ibu sama seperti kita semua. Beliau menjuarai 5000m di U.S. Outdoor Track dan Field Championships pada tahun 2006 and 2010. Beliau mewakili USA untuk World Championships sebanyak 3 kali. Pencapaian beliau yang lainnya termasuklah mendapat tempat ke-12 dalam Ney York City Marathon tahun 2011.

Lauren seorang columnist di RunnersWorld.com  Selalunya menulis tentang elit running dan kehidupannya sebagai ibu dan isteri Saya juga suka menjenguk Lauren di blog beliau yang sangat popular di Ask Lauren Flashman

Mari lihat PR’s Lauren:-

800m 2:05
1500m 4:05
Mile 4:23
3k 8:42
3k Steeple 9:54
5k 14:58
10k road 33:45
Marathon 2:37

Sumber dari Ask Lauren Flashman

Mengagumkan! Tapi ada satu artikel dari Lauren yang saya sangat kagum membacanya. Mari saya kongsikan. Tajuknya “Keeping It Real” Klik link yang saya beri itu kalau hendak baca artikel penuh dari blog Lauren.
Dalam artikel itu Lauren berkongsikan tentang bentuk badannya yang tidak sempurna.
Never take the photos you see on magazine covers or online too seriously. Everyone has thigh cheese. It’s part of life. Nobody is perfect. :) – Lauren Fleshman
lauren fleshman
Gambar Lauren semasa catwalk di pertunjukan fesyen pakaian sukan. Wow! Nampak perut beliau yang berotot? Saya ada tampal gambar ini di meja pejabat saya sebagai inspirasi
lauren fleshman1
Ini gambar perut Lauren dalam minggu yang sama dengan gambar di atas. Perut yang tidak di ‘turbo flex” dan dia tidak menahan nafasnya.
lauren fleshman2
Gambar Lauren ketika latihan larian. Kata Lauren inilah postur badan sebenar Lauren jika bukan di atas pentas peragaan
Ha…lega tak? “Keep it Real”. Jangan terlalu stress melihat muka dan body-body hot di dalam majalah-majalah. Semua itu photoshop, make up, camera angle dan macam-macam lagi. So keep running! Keep it real! Don’t give up! Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. This is your body – so own it! Jumpa lagi!! Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s