10 Perangai Pelik Runners

#omaksukorunning

Assalamualaikum, Hi girls,

Saya rindu running (nangis). Sejak bulan Ramadhan belum berpeluang berlari. Sudah beli kasut raya ke? Saya belum, tapi saya sudah beritahu suami yang saya nak kasut raya. Tapi brand Asics. Haha…boleh rasanya kan?

Sementara saya berangan fasal kasut ‘raya’ saya, mari kita bercakap mengenai tajuk entry kita hari ini iaitu “Perangai Pelik Runners”. Saya senaraikan perangai pelik-pelik saya sejak menjadi runner dan kalau anda ada nak tambah perangai pelik yang lain bolehlah comment nanti ye.

images (1)

1. Kadang-kadang semasa saya sedang training, saya tiba-tiba ter-practice macam mana hendak posing ketika berlari di depan official photographer dalam race yang akan datang. Perlukah saya posing seperti menari inang dengan mendepakan tangan? Atau buat ‘peace sign?’ Atau buat ‘muka itik’ (duckface). Haha! Apa pose yang legend?

2. Err…perangai yang ke-2 ini agak gross sedikit ye. I will weirdly feel proud if my pee is clear. Like hooo yeaahh…I am hydrated all right! (Eww ke?)

3. Semasa sedang berlari dalam race, saya akan menjadi bengang bila ada runner lain yang stylenya lebih kurang macam saya memotong saya (runner wanita bertudung). Tapi bila runner yang style nya lain dari saya memotong, saya tak rasa apa-apa pulak. Eh..saya gila kah?

4. Tak sabar tunggu gaji sebab hendak register race yang akan datang.

5. Kadang-kadang pada hari Sabtu malam, saya akan tidur lengkap dengan dengan baju running saya. Jadi keesokan harinya selepas solat Subuh, saya boleh terus pakai kasut & berlari ke taman untuk training. Hihi…Eh? tak mandi pagi ke? Taaakkk….lepas balik dari running baru mandi.

6. Bila penat semestinya saya memperlahankan larian, tapi bila ada runner (selalunya runner wanita) yang menghampiri saya untuk memotong, saya akan tambah speed saya selaju yang boleh. Walaupun kaki saya rasa macam nak tercabut. Bila dia dah jauh ke belakang sedikit, saya akan perlahankan larian semula. Tapi bila dia dah dekat semula…saya akan laju semula. Haha…mesti dia ingat saya psycho kan?

7.. Jika dia berjaya juga memotong saya,  saya akan anggap “Eleh…mesti dia baru lari 1-2km jelah tu. sebab tu lah dia belum penat dan dapat potong saya” (Haha…dengki kan?)

8. Kalau ada runner yang laju bergaya berlari memotong saya, saya mesti teka berapa ‘pace’ dia.

9. Rasa cemburu bila nampak kawan update status result training (running) di facebook. Lagi-lagi kalau speed dia hebat. Huh..benci!

10. Malam sebelum race, saya akan keluarkan semua baju running yang ada dan buat flat lay, siap dengan tudung yang matchy-matchy. Kadang-kadang saya try dulu baju tu lepas tu pilih baju yang paling buat saya nampak tidak gemuk. Lepas pilih, saya akan pinkan bib dan ambil gambar selfie baju tu. Gambar baju je pun…Haha…pelik ke?

Ok, bye!!! Jumpa lagi!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s