7 Tips memotivasikan diri sendiri untuk running

#omaksukotips

Assalamualaikum Running Moms!! Minggu depan dah raya. Saya tak sabar ni. Tak sabar hendak memulakan training semula. Bulan Ramadhan ini memang saya tidak ada training langsung. Cuma buat weight lifting, squat & lunges sikit-sikit saja. Semoga hari raya nanti saya berjayalah menahan nafsu bergelora jiwa hendak makan macam-macam nanti.

Ok – sebelum saya terlupa tips-tips yang memang dah lama ada dalam kepala saya Jom kita baca:-

1.Pasang niat – Pasang niat, saya nak bersenam kerana Allah Ta’ala, untuk sihat tubuh badan, untuk menjadi rutin harian saya, untuk hidup lebih cergas, untuk anak-anak & keluarga saya.

2. Ambil gambar perut on the 1st day kita start bersenam. Simpan gambar itu baik-baik dalam telefon anda. Simpan dalam private album, sila letakkan password untuk album itu. Hehe penting ok. Ambil gambar perut tu sebulan sekali. Mungkin setiap 1hb.

Sehingga sekarang bila saya tengok semula gambar perut saya ketika saya mula-mula start berlari, saya rasa teruk betul sebab sampai hati membiarkan perut saya jadi melimpah ruah macam tu sekali. Hehe. Tsk..tsk..tsk..kesian perut saya. Sekarang ni pun perut saya belum six pack pun. Tapi jauh lebih kecik daripada gambar 1st yang saya ambil masa mula-mula start berlari. Ye saya ingat lagi tarikhnya 1/2/2013. Simpan gambar itu baik-baik ok. Jangan pula upload dalam facebook. Aurat ok…aurat!!

Selepas beberapa bulan consistent running, anda pasti akan nampak perubahan pada gambar-gambar anda. Mesti anda tersenyum bangga!

3. Tips yang ke-3? Cari kawan!  Kalau anda tidak ada kawan, marilah kawan dengan saya. Saya sudi hihi. Cari kawan yang boleh memberi semangat, yang senasib sama-sama hendak bersenam. Cari kawan yang positif. Yang rajin mendengar keluh kesah adu domba fasal senaman anda. Cari kawan yang garang (macam saya) yang boleh marah kalau anda malas. Kawan yang boleh motivate anda, yang boleh perli anda bila tidak bersenam pagi tadi.

Di mana hendak cari kawan? Boleh heret saja kawan baik anda untuk berlari bersama, mungkin boleh paksa suami anda lari bersama. Atau berlari bersama anak-anak.

Anda boleh juga join running group di Facebook. Boleh cuba group Chap Ayam Runners Group, MWM Mentoring dan macam-macam lagi. Atau pun boleh add mana-mana runner yang anda berkenan di hati untuk berkawan. Add lah mereka dalam friend list anda. Nanti anda boleh banyak belajar & berkongsi experience dari mereka.

4. Update dan keep track dalam FB pasal aktiviti running anda. Boleh guna banyak application dalam smart phone anda. Saya guna ‘Noom’. Every time saya running atau workout, saya update & di sharekan dalam FB. Saya share bukan sebab saya hendak eksyen, taakkk…saya share untuk peringatan diri sendiri. Saya ada few friends yang baik hati yang selalu remind saya bila dia tengok sudah lama saya tidak update status saya bersenam

Ey..Tan!!! Apsal kau dah lama tak bersenam hah? Kau pemalas kan!!??”

Selain FB, kalau anda hendak tulis dalam buku atau white board pun ok. Janji anda keep track. Tapi lebih mudah guna application dalam smartphone. Jadi anda boleh nampak dengan jelas tarikh anda berlari, berapa jauh, speed/pace, calorie burned, berat badan anda dan sebagainya.

5. Bersyukur – sebagai ibu-ibu memang kita sentiasa sibuk. Kalau anda ada 5 minit saja masa untuk exercise, anda exercise lah 5 minit. Kalau ada 10 minit masa, 10 minitlah kita guna. Mesti kena bersyukur, jangan tamak. Kalau ada peluang bersenam di rumah, kita bersyukur. Kalau ada peluang running di taman bersyukur juga. Itu boleh dikira seperti bonuskan? Yang penting CONSISTENT.

Kadang-kadang jika saya bosan berlari sorang-sorang di kompaun rumah, saya akan berlari di taman rekreasi. Ye saya beruntung sebab rumah saya tu memang bersebelahan dengan taman rekreasi tersohor di KL. Memang perasaannya berbeza berlari dan training bersama ramai runners handalan. Sebab ramai orang yang sama-sama bersemangat macam saya. Ramai yang berlari. Rasa macam marathon!!

6. Set target / challenge – Contohnya sila berjanji dengan diri sendiri “Selepas 3 bulan saya training/running ini, saya nak masuk half marathon!!!” Seriously I did – but after 9 months of training lah. Itu pun saya joined 10k saja. My first HM will be in October 4th!!! Can’t wait!

7. Celebrate – Sebenarnya saya celebrate kejayaan training saya ialah dengan register for a 10km race. Ye itu ganjaran untuk diri saya sebenarnya. Selepas itu saya beli baju baru – semestinya saiz kecil dari size yang dulu & memuji-muji diri sendiri di dalam fitting room haha. Ambil gambar memakai baju baru & whatsapp pada BFF saya.

Ataupun saya reward diri saya dengan membeli kasut…lepas beli kasut…saya beli kasut lagi…lepas tu kasut lagi….hihihi… So..actually saya reward diri saya setiap bulan dengan kasut. Tapi sekarang bukan setiap bulanlah. Sebab saya terpaksa kumpul duit untuk membei running gear yang lain. Sekarang saya sedang kumpul duit untuk beli GPS watch!

560891_457191960957979_1179407528_n
Haha!!

Ok sehinga bertemu lagi. Bye!!

Advertisements

2 thoughts on “7 Tips memotivasikan diri sendiri untuk running

  1. Tan, ajar camna nak letak password kat album phone. Mau amek pic pewot i ni..
    Tan, i sorang kawan yg garang tau. Mlm ni g larik, i tgk u dari balkoni sambil pegang rotan..ok tak?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s