Mencari Bahagia

#omakcares

Assalamualaikum semua, hari ini saya tidak mahu bercerita tentang exercise, training atau running. Hari ini saya hendak kongsi cerita sedikit mengenai ibu & ayah saya yang paling saya sayangi. Saya kongsi sedikit sajalah cerita ye. Sebab saya memang selalu tamak berebut kasih sayang ibu ayah. Rasa macam nak simpan sorang-sorang kenangan saya bersama ibu ayah.

Tahun ini giliran saya dan keluarga beraya di rumah mertua dulu. Raya ke-2 nanti barulah kami akan balik ke rumah ibu ayah saya. Jadi hujung minggu yang lalu saya bawa anak-anak balik ke kampung untuk jenguk ibu ayah saya.

Suami saya berkerja pada Sabtu lepas jadi dia tak ikut saya dan anak-anak (Adam & Ayen). Adik beradik lain pula akan balik mungkin Rabu atau Khamis ini. Jadi hujung minggu lepas hanya ada saya & anak-anak. Sebenarnya saya happy. Sebab saya memang tamak attention dari ibu ayah. Bila saya balik seorang saya akan dapat semua attention dari ibu ayah. Haha…apa-apa saja yang saya buat mesti ibu ayah bagi attention. Sebab mereka tiada pilihan melainkan melayan saya.

Terbalik pula bunyinya ye? Vice versa lah sebenarnya. Maksudnya, hanya saya yang ada untuk melayan ibu ayah saya. So I got it all!! Saya happy! Saya buat kuih popia horlicks 2 balang besar disaksikan oleh ibu dan ayah. Sakit pinggang wooo bersila lama-lama menggulung kulit popia sorang-sorang. Tapi saya dah bertekad nak habiskan juga buat kuih itu. Anak-anak saya pun ada tolong gunting-guntingkan kulit popia itu.

Ayah pun duduk sekali di tepi tangga dapur dengan kagumnya melihat saya mengasing-asingkan kulit popia tu. Saya happy lah dapat kagumkan ayah. Haha!! Terasa macam budak-budak kecilkan…yang sentiasa nak tunjuk handal pada ibu ayah. Lepas tu saya blend nestum & horlicks pun ayah kagum. Saya goreng kulit popia yang dah siap digunting-gunting pun ayah kagum. Haha…happy betul saya! Lepas tu ayah cakap tak sabar nak tunggu waktu berbuka sebab nak rasa popia horlicks saya.

Lepas tu Ayah cuba pakai baju raya yang saya belikan untuknya. Sambil bergaya-gaya pusing-pusing macam model. Suka saya tengok Ayah macam tu.

Saya juga dapat bercerita sepenuh hati dengan ibu. Saya cakap saya dah pandai masak rendang (itu pun setelah beberapa kali call BFF & Kak Ngah saya mintak tunjuk ajar haha). Ibu kagum sebab saya dah pandai masak rendang..hihihi. Tapi lepas tu Ibu masak rendang rusa untuk saya & anak-anak. Rendang rusa? Macam mana nak challenge tu? Haha..memang saya kalah.

Saya mengadu dengan ibu, harga serai 3 batang kurus-kurus je di KL ialah RM1!! Ibu terkejut, terus ibu pergi ke laman belakang dapurnya sebab hendak ambilkan serai banyak-banyak untuk saya. Siap ambilkan daun limau purut, limau purut. Lepas tu ibu cakap “Haaa….serai percuma, serai purcuma!!!” Ibu siap mengomel-ngomel cakap hari tu ada kerbau datang pijak-pijak pokok serai dia. Kalau takde kerbau tu mesti lagi banyak serai dia yang gemuk.

Limau purut yang ibu petik/kutip untuk saya pun banyak sangat. Bila saya cakap “Banyak bona (sangat) ni Bu…” Ibu jawab “Alaa…buek la gosok kepalo, gosok ketiak segalo” Haha…”Iyolah Bu” So nanti janganlah terkejut bila ketiak saya berbau limau purut sepanjang  minggu ini. Hahaha.

Saya dengar bunyi riuh rendah di halaman depan rumah ibu ayah. Bunyi suara anak-anak saya ketawa menjerit bersorak. Saya pun tinjau. Saya lihat ayah saya sedang main perang-perang dengan anak-anak saya. Ayah saya guna senapang nerf anak-anak saya. Kagum Ayah dengan senapang tu yang siap ada laser pointer dan pelurunya laju “Shhooooffff”

Lepas tu ayah tunjuk skill guna lastik pada anak-anak saya. Handal sungguh, batu yang dilastik memang pergi lagi laju & lebih jauh dari pistol nerf. Ayah cakap “Haaaaa!! Tengok Atuk lagi handalkan? Atuk penembak tersohor kampung ni tau?” Saya ketawa saja tengok anak-anak saya melopong melihat kehandalan Atuk mereka.

Ayen cepat-cepat berlari mendapatkan saya sambil tanya “Bu…tersohor tu apa?” Haha…lepas tu Ayen sambung “Bu…Atuk suruh belikan untuk dia 1 pistol nerf Bu, Atuk nak tembak monyet!”

Maghrib pun sampai kami berbuka puasa bersama-sama. Ayah saya makan lebih banyak dari kebiasaan. Happy agaknya makan ramai-ramai dengan cucu. Lagi sekali Ayah kagum dengan Ayen yang memberi syarat-syarat hendak berbuka puasa Ayen mesti hendak ada sekurang-kurangnya 3 jenis air yang berbeza untuk dia seorang. Saya buatkan horlicks ais, lepas tu ada vitagen, air oren dan air kosong suam. “Fuuuhhhh…boncetnya perut Ayen” Kata Ayah saya.

Ayah ada rasa kuih popia horlick saya. Ayah puji “Sedap…sedap…sedap” Ha..3 kali tau puji…mesti afdhal…hehehe…lagi sekali saya tersenyum bangga kena puji. Sambil terbayangkan muka Kak Ngah saya yang menyampah bila tengok saya tersenyum bangga kena puji…heheehe

Sepanjang 2 hari saya di kampung tu. Saya ada ambil gambar ibu & ayah banyak-banyak dengan phone saya. Saya nak simpan banyak-banyak kenangan dengan ibu ayah saya. Gambar ibu sapu sampah, gambar ayah tidur duduk sambil baca surat khabar. Gambar ibu masak, ibu tengah borak-borak dengan Adam & Ayen. Saya rindu…ibu ayah ada di depan mata pun saya rindu. Saya tak sanggup nak memikirkan kalau salah seorang atau kedua-duanya ‘pergi’ satu hari nanti.

Saya juga nak record video ayah dan ibu. Hahaaa…tapi ayah ibu tak pandai posing depan camera video. Statik je senyum sebab ingatkan camera biasa. Hahaha…memang tak boleh jadik pelakonlah!

Tiba waktu saya balik ke KL, saya tinggalkan duit belanja sikit pada ibu ayah. Ayah saya cakap “Alhamdulillah” Kuat-kuat. How I wish to give more to them. Saya salam, peluk cium ibu ayah saya. Saya cakap ‘I love you Yaaahhh…sayaaaannnggg Ayah. Maaf zahir batin Yah, halalkan makan minum semuanya. InSyaAllah kita jumpa nanti raya ke-2 ye”

Salam ibu pula. Dialog yang sama “I love you Bu….sayaaaaaanggg Ibu, maaf zahir batin, halalkan segalanya. InSyaAllah jumpa raya ke-2” Lepas tu peluk ibu kuat-kuat.

Rasa berat hati nak drive kereta keluar dari laman rumah ibu ayah. Nampak ibu melambai-lambai dari side mirror kereta saya. Tak sabar nak tunggu raya ke-2!!

Saya nak mintak tolong. Tolong doakan ibu ayah saya panjang umur dan sihat selalu. Doakan yang terbaik untuk keduanya. Doakan saya dapat bahagiakan ibu ayah. Terima kasih semua.

Walaupun raya lagi 3 hari, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua yang mengenali saya secara live ataupun virtual..heheh:-

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkan segala kesalahan saya, halalkan makan minum saya. Sayangilah ibu ayah anda!!

20140728_103216
Ni gambar raya 2014

Bye!! Jumpa lagi!

Advertisements

4 thoughts on “Mencari Bahagia

  1. patut lah semalam dtg kuat betul bau limau purut, dok sental kat tiak ropanya…hahaa…
    doa sama2 moga ibu ayah sihat, dpt beribadat n dpt tgok cucu intan siza.. hehee…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s