Running Moms All Around the World – Karen Loh

#omaksukorunning

Hi girls!! Sudah habis beraya ke belum? Jangan lupa training tau. Nanti berat yang telah dihapuskan semasa puasa bertambah sekali ganda. Huk huk menangislah kebaya tak muat.

Let’s talk about Karen Loh. Saya ada banyak membaca tentang cerita Karen sebab saya adalah salah seorang peminatnya. Article ini juga saya cedok sedikit sebanyak dari StarOnline dan MetroOnline. Jom baca cerita Karen:-

Pic-11

Merasakan beliau perlu membuat sesuatu untuk dirinya sendiri, Karen mula berlari semasa umur beliau 41 tahun. Pada umur 20-an Karen fokus kepada kerjayanya. Umur 30-an fokus kepada keluarga dan kerjaya. Jadi semasa berusia 40-an beliau merasakan bahawa beliau perlu mencapai sesuatu impian untuk dirinya sendiri. Beliau rasa gembira dengan keputusan dan perubahan yang membuahkan hasil selepas mula berlari.

Now she’s 45 year old ok! Karen adalah seorang fulltime lawyer, ibu kepada 2 orang anak lelaki yang berusia 12 dan 8 tahun. Beliau ialah founder Malaysia Women Marathon (MWM). MWM di adakan dalam bulan March setiap tahun. 2015 ialah MWM yang ke-3.

Print

MWM adalah acara larian untuk wanita. Ada 3 kategori iaitu fun run, half marathon dan full marathon. Karen mahukan kaum wanita berkongsi kegembiraan berlari bersama-sama. Jangan terlalu memikirkan tentang kepayahan untuk menghabiskan larian, Fikirkan tentang kegembiraan dan keseronokan berlari bersama kawan-kawan dan keluarga.

Perasaan berjaya menghabiskan larian adalah satu perasaan yang tidak dapat diceritakan dengan kata-kata. Perasaan itulah yang akan membuatkan anda bertekad untuk menyertai lebih banyak acara larian. Perasaan itulah yang Karen ingin kongsikan dengan anda semua. Karen percaya “a happy women is a happy wife and mother”.

Apa yang saya hendak kongsikan tentang Karen sebenarnya ialah tentang dirinya yang sebagai seorang ordinary mom sama seperti kita. Karen mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak yang ke-2. Dia mengaku bahawa dulu dia gemuk dan tidak selesa dengan tubuhnya.

Karen sangat aktif dan merupakan seorang olahragawati semasa zaman persekolahannya. Tapi selepas berkeluarga segalanya tertumpu pada anak-anak dan suami dulu. Pergi ke gym pun Karen tidak suka sebab beliau rasa tidak memerlukan gym kerana sentiasa sihat. Cerita ini sangat familiar kan? Sama seperti cerita kita juga bukan? Jadi kalau Karen & saya boleh lakukan, mesti anda pun boleh. Cuma, kita mesti bertekad dan bersungguh.

Perlumbaan pertama Karen bukan calang-calang ok. Pada tahun 2010 beliau terus daftar untuk half marathon! Beliau berjaya menghabiskan larian dalam mana 2 jam 45 minit. Membanggakan untuk cubaan pertama bukan? Tetapi keesokan harinya Karen kaki Karen lenguh dan sakit hingga tidak boleh berjalan. Haha!!

Sekarang Karen adalah salah seorang elite runner di Malaysia. Beliau telah berlari lebih daripada 25 full marathon dalam masa lebih kurang 2 tahun, termasuklah beberapa ultra marathon seperti 100km. Saya sangat look up to Karen. Saya memang rasa dia contoh running mom yang cool dan hebat!

“I feel alive when I run … and I feel better about myself. I saw a better side of myself after I started running.” – Karen Loh

1471221_345299138947827_2011428657_n
Saya ada kenangan berlari bersama Karen di acara larian White Ribbon Campaign 2013. Itu adalah acara larian yang ke-3 dalam hidup saya.

Saya yang memakai tudung berwarna purple itu. Karen yang memakai cap berwarna pink. Memang hebat lariannya. Karen telah memintas saya semasa berlari dengan larian yang pantas, laju dan bergaya. Saya sempat kagum dan berkata “Fuuiiyyoooo” semasa beliau memintas saya.

MWM sudah berlangsung 3 kali tetapi saya masih tidak berpeluang menyertainya. Selalunya bertembung dengan race yang lain yang saya telah daftar. Tapi tahun depan – 2016 saya bertekad untuk menjadikan MWM sebagai pentas full marathon pertama saya – InsyaAllah.

Karen – sila tunggu saya datang!!!!

Hingga jumpa lagi dengan kisah-kisah running moms yang hebat di lain waktu. Bye!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s