MWM 2018

Date/Day : 04.03.2018 (Sunday)

Venue : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam

Timing : HM – 2:54:52 (Garmin FR735XT)

mwm2018
Pic from @checkpointsport FB

Hey Ya’ll!

How’s everyone doing today? Sakit kaki lagi ke? Kan dah rest 3 hari kan. Or masih sakit hati especially untuk runners FM? Adoii.. kesian korang.. but I think it is for the better sebab bahayakan kalau lari dengan traffic yang sibuk macam hari ahad hari tu. I really understand your feeling, lagi-lagi yang Virgin FM tu. Sabarlah ye.. mesti ada hikmah di sebalik semua kejadian Allah.

Wokey.. I know.. I know I have been neglecting my blog for quite sometimes kan. Adoii… I don’t like it too! But tulah nafsu untuk menulis dah tak macam dulu. But this time I have some free time to membebel. So let’s review the MWM 2018!

This is my 3rd time to participate in MWM. In my honest opinion the 5km, 10km & HM are ok-ok lah. The route is ok walaupun ada 8 bukit nak kena daki. Owh mind you the route tu was 10km route. So for HM category, kita kena pusing 2 loops (which I hate – loop!!) But it was still ok because masa I lari 1st loop tu it was still dark.

But for FM category, kena 4 kali loop & the COT is 6:30 which is like whaaaaaaat?

Ok – 1st the COT 6:30. I’m sorry but come on! Inikan Women Marathon – tolong la bagi more timing allowance for us women kan. Bukan semua marathoner boleh lari laju-laju gitu (ehem… read: me). My FM PB is 6:24 which I got last year masa MWM2017. Masa tu COT dia 6:45.

Maknanya kalau I masuk FM this year, I memang tak boleh pergi solat, pergi toilet semua tu tau… aku kena lari lari lari aje. As you know.. I memang tak boleh lari laju pun haha. Oh some of you might say “Habis tu.. silalah train more to be faster” Pfftt.. ok I got you. I’ll train more… tapi boleh tak bagi COT like 7:00 ke please….

2nd  – the route : Every year tukar route, which is fine, tapi kan tahun ni banyak lalu round about & takde police! Ok la tipu kalau cakap takde langsung polis. Tapi yang I nampak hanya atas motor saja. And I saw 1 polis trafik lalu bawak motor dicelah-celah runners ok! Bahaya wooiii… apakah??

Volunteers memang ada tapi macam tak cukup. I salute them (volunteers) too. Kesian adik-adik tu mengawal lalu lintas without polis trafik. Berdiri tengah-tengah jalan & roundabout yang sibuk dengan trafik.

Ok, enough membebel. Now we talk about me. Haha! As usual, I memang sampai bila-bila pun memang tak akan handal berlari kot. Cepat penat tah hape-hape. Konon-konon taknak over minum air. Tapi tau tak? I minum like 3 cups every water station?!! Apa ni Tan??? Kenapa ko macam tak pernah nampak air. Kenapa ko macam kambing kehausan di padang pasir? Oh wait.. kambing ada ke kat padang pasir… ok..tukar unta!! Unta yang kehausan di padang pasir. Kenapa Tan ko minum banyak-banyak macam tu?

mwm102018
pic from @checkpointspot FB

My pace – I thought I might get timing like 2:49 gitu. But no I did not haha. Still 2:50+ haissh.. need to train more more more!

Overall despite the flaws, I do think that MWM is a good event yang ditunggu-tunggu oleh setiap runner wanita setiap tahun. Tahun ni event t-shirt nye more fun & berwarna warni, I loike! Participants semakin ramai especially for 5km & 10km.

So I hope next year 2019 edition MWM will be better than ever. All the best MWM!!! Semoga jumpa lagi tahun depan! Muacksss!!

How I survived my 1st Ultra Marathon – Pink Ultra 2017

WARNING – This will be a very lost post 🙂 

Date/Day : 22 October 2017 (Sunday)

Distance : 49km (Garmin), 50km (Official)

Venue : Taman Tasik Cyberjaya

Assalamualaikum everybody.  Banyak benda berlegar-legar dalam fikiran saya pasal ultra race ini. For me, this race is the Ultimate amongst all the races I have ever joined in my life. So kita mulakan dengan Pre-Race dulu kot eh?

PRE RACE:-

Saya tak ingat what exactly made me crazy enough to register for this race. It is an Ultra Marathon giler!!! Bukan Half Marathon, Bukan Full Marathon. It’s an ULTRA!!! I know it’s only 50km ultra. Only katanya… cubalah korang lari 50km dulu baru cakap ‘only only’ ok!! Eh..ter-emo pulak.. hehe.. Anyway.. sambung balik. What I remember, ni semua Intan Suraya & Suzie Arman punya pasal lah.. yang meracun saya untuk cuba race ni. Katanya 10 jam Cut of Time (COT) diberikan untuk menghabiskan 25 loops = 50km. Means 1 loop = 2km. Dari jam 7.00am – 5.00pm.

Diorang (TanSu & Suzie) kata “Doable, doable.. you can..you can..” I also asked my other Sifu iaitu Yusrad and dia pun urged me to do it. When I ask my husband, as usual.. he said “Ok”. simple aje husband saya ye.. hehe.

So I registered (OMG!!)

Hari demi hari berjalan, saya training lebih gigih (konon) haha. I mean lebih gigih dari yang biasa saya train lah. Saya lari LSD (Long Slow Distance) or (Lari Seorang Diri – haha) almost every weekend. The not so good thing is, saya hanya boleh lari pada hujung minggu, Sabtu & Ahad sahaja sebab pada waktu itu, anak sulung saya sedang sibuk dengan persediaan exam UPSR. Saya terlalu sibuk untuk lari pagi-pagi sebelum subuh seperti kebiasaan saya sebelum ini. So weekend pun weekend lah! So training saya pada hujung minggu hanya 1 LSD, 1 short distance.

A day before the race, saya semakin nervous. Sampai hati saya rasa kecut giler macam ada orang genggam hati saya tu macam genggam span basuh pinggan (boleh?). Rasa macam nak DNS (Did Not Start). Husband saya relax saja. Sambil ajak saya beli fuel untuk race esok. Saya banyak belajar dari sifu saya Yusrad mengenai fuel semasa running. Saya beli salt stick, energy gel, gula-gula chewy (Nyumm). Saya juga beli socks baru untuk race esoknya. Yup.. I know that we are not suppose to wear anything new on the race day. But I couldn’t help it. Saya beli jugak (Degil kan). That night, I couldn’t sleep peacefully.. asyik tersedar & keep on rasa nervous lah..takut la.. macam-macam rasa ada.

RACE DAY:-

Saya bangun awal macam biasa, mandi & tunggu masuk waktu solat Subuh. Hati masih berdebar-debar. Lepas solat husband hantar ke Taman Tasik Cyberjaya. Saya takooooot sangat masa ni. Sampai-sampai saja terus register & duduk diam-diam dekat tangga sambil tunggu TanSu sampai. Majority of the participants are ultra runners yang hebat-hebat belaka. Siap ada celebrity terkenal pun join berlari ok. Ada Noh Hujan, Boojae Fadzil & Neves Pretty Ugly. Diorang semua tu handal-handal belaka.

Ada few saja runners yang newbies macam saya. FYI sebelum race ini,  saya hanya pernah lari 2 Full Marathon (42km) dan lebih kurang 8 half marathon (21km). So bayangkanlah macam mana perasaan saya bila berdepan dengan runners handalan & jumlah keseluruhan yang bertanding tak sampai 100 orang. HOMAIGAADD! Macam mana kalau saya jadi orang yang terakhir sampai ke finishing line? Huwaaaa!!!

Hehe.. actually saya dah mengadu dengan Yusrad yang saya takut akan jadi orang terakhir sampai ke finishing line tu. His answered was superb “You WON’T be the last runner lah!! Lantaklah runners yang laju-laju tu. You lari aje ikut pace you” Haha.. that’s why I like my sifu lah!!! Saya juga ada message Faizal my ex-unimate yang memang Ultra Marathon runner yang handal & popular di Malaysia.. heheeh. Dia memang selalu gelak-gelakkan saya. Tapi saya tahu dia gelak tu sebab dia support… heheeh.. dia selalu cakap “Ko boleeeh Taaannn..ko boleeehh”

Husband called me before the race started & wish me good luck (Aww.. thank you. I need GOOD LUCK so badly).

pu4
TanSi & TanSu before race

Race started!! Saya mulakan larian dengan Bismillah & berdoa banyak-banyak supaya saya kekal kuat untuk sampai pusing 25 loops tasik tu. Mula-mula sekali kami kena lalu jambatan besi merentasi tasik. Bunyi jambatan tu kuat giler kot..bila kita lari atas tu. Kreekkk krokkkk kreeeekk kroookkk!!! Eh.. nervous lah hai!! Kalau jatuh dalam tasik tu macam mana? Perlukah saya berenang or pura-pura pengsan? Haha..tapi saya dah tinjau dah kedalaman tasik tu semasa tengah berlari tu. Tasik tu tak dalam. Saya boleh nampak dasar dia.

pu1
Jambatan Kreeekk Kroookkk

I think I did great for the 1st 10 loops (KM1-KM20). Ada sekali tu saya hampir nak tersungkur sebab kaki tersadung terlanggar plat jambatan kreek krook tu. Habis semua saya melatah kuat-kuat. Nasib baik saya tak ter-mencarut aje. Tapi saya tak jatuh pun alhamdulillah… Untuk loops yang awal-awal ni semua runners lari dengan senyuman manis. Nampak saja photographer semuanya senyum semanis madu. Saya makan salt stick setiap 60 minit berlari selang seli dengan energy gel & chewy candy. Air pun saya minum banyak walaupun saya tau, kalau saya minum banyak sangat, jari-jari saya akan bengkak ‘water retention’ tapi saya tak peduli… saya minum jugaaaakk!!! glupp glupp gluuupp!! Pace saya stabil. Saya finish lari 21km dalam masa 3 jam 15 minit. Jauh lebih slow dari record saya. But.. what the heck.. teruskaaan!!

pu

Hari semakin panas. Senyuman semakin pudar. Saya dah start pakai topi hitam saya yang tak berapa nak lawa tu. Haha.. but I really need the cap sebab panaaass hooii!! Tak lawa pun tak apa lah.. ini acara larian..bukan acara ratu cantik ok!! Untuk loop 11-19 (KM21-KM38) saya banyak berjalan daripada berlari. Semasa dekat jambatan saja saya berlari sebab jambatan tu takde shades & panas lip lip hoii… Habis saja jambatan saya jalan saja. TanSu dengan pacernya dah jauh meninggalkan saya. Ada sekali sekala kami bertembung di check point or semasa di u-turn loop, TanSu akan memberikan pandangan bermakna pada saya. Ramai lagilah yang bagi sokongan moral pada saya. Saya sangat-sangat berterima kasih dengan semuaaaaa orang.

Semasa di KM30 saya rasa loop yang ke 15 kot. Saya jumpa TanSu di check point. Saya dah rasa down giler. Rasa macam nak menangis dah.. huk huk.. air mata dah bergenang-genang dah. TanSu faham sangat dengan perangai saya tu. Dia pandang aje saya tapi tak cakap apa-apa langsung. Tapi saya tau dalam hati dia cakap “Go on..don’t stop Tan!!!” Saya angguk-angguk aje lah.. sambil minum ice water.

Saya lapar, saya cuba makan kek pisang..tapi saya tak berjaya telan. Kunyah kunyah kunyah.. tapi tak boleh telan.. eh dah kenapaaaa.. takde gigi ke? But seriously..tak boleh!! Kenapaaa..kenapaaaa? So saya buang kek tu (tak baik membaziiiiir itu  amalan syaitooonnn) tapi memang dah tak boleh telan. so saya makan tembikai aje. Saya sambung larian penyeksaan saya. Lagi 20km saya kira, so lebih kurang 10  loops lagi bersamaan dengan 3-4 jam kalau ikut pace saya pada masa itu lah.

Ya Allah.. lamanya lagi nak kena lari!! Untuk loop yang ke 20-25 saya memang dah totally berjalan sahaja. Takde lari langsung. Tapi saya cuba kekalkan berjalan pace 10.30 km/min. Habis semua doa-doa keluar dari mulut saya. Saya wirid wirid wirid. Baca ayat kursi al-fatihah doa makan, doa naik kenderaan & doa qunut pun saya terbaca sekali. Haha!!

Pada masa ni saya memang dah berjalan tunduk sahaja. Dah tak mampu nak senyum & angkat muka pada semuaaaa orang. Panaass..silaaauuu. Saya penaaatt!!! Ankle sakit!! Saya memang dah determined nak habiskan larian sahaja. Saya countdown loop 10, 9, 8, 7…. mental saya ok. Mental sangat stabil tapi kaki saya hampir sudah tak mau bekerjasama. Saya suruh kaki melangkah ke depan..tapi kaki saya melangkah ke kiri… senggeeetttt!! Minah senget minah senget minah senget (ingat tak cerita cerekarama tu dulu) haha!

pu2
#mukolemon

Muka saya masa ni memang semasam cuka lemon!! #mukolemon. Saya bukan #omaksukorunning lagi dah.. saya ialah #mukolemon!!! Penglihatan saya dah kabur. Saya nampak semuanya macam berkabus. Mata saya dah merah menyala. Suzie Arman cakap dia takut saya bertukar menjadi IncredibleTan!! Kak Alyn Zack (The champion) pun tepuk-tepuk sepp saja tangan saya bagi semangat. Abang crew baju merah duduk di bawah pondok dekat toilet pun pandang penuh pengertian. Apeng Baizura potong saya sambil cakap “Come on Tan..sikit lagi..sikit lagi”

Saya sampai ke check point sambil dengan yakinnya rasa, saya hanya ada baki 4 loops untuk habiskan 50km. Tapi adik crew tu cakap “Kakak ada lagi 5 loops” Whaaaatttt??? 5 loops? Bukan 4 ke?? Whhaaaatttt!!!!!

Saya memang dah nak bertukar menjadi  IncredibleTan!! Tapi saya sabaaaarrr… Saya nampak Amin Jaafar sedang tunggu turn dia lari relay (Amin masuk category relay). Amin ajak saya duduk dulu di tangga tu. Saya kata tak boleh duduk. Sebab saya tau..kalau saya start duduk nanti saya terus tak boleh bangun dah. So saya tahan rasa nak menangis & stretch saja kaki saya sekejap dekat tangga tu. Minum ice water, makan salt stick & tembikai lalu teruskan berjalan.

Saya teruskan berjalan. Ada jugak rasa nak termuntah tapi saya tahan. Saya tahu saya boleh habiskan larian ni. KM42 saya clock 7 jam 20 minit (Kira lebih 1 jam lebih slow daripada record FM saya) Saya rasa yakin sangat saya boleh finish. Tapi dalam pada masa yang sama..saya betul-betul takut body saya give up. Sebab kaki saya memang dah sakit & kaki asyik tak mau dengar kata. So.. count down loops 4, 3, 2….

Masa tinggal loop yang terakhir adik-adik crew dah sorak-sorak cakap “Final loop kakaaaaaakk!! Final loop!!!” TanSu & pacer dah habis 50km. Diorang duduk di tangga tu pandang saya dengan penuh pengertian & harapan. Saya pandang diorang, saya angguk, saya minum ice water… saya teruskan!!

Akhirnyaaaaa…. saya berjayaaaa… Ya Tuhaaann Alhamdulillah..saya berjaya!!! TanSu & partner tunggu di tangga tadi. Crew-crew bersorak-sorak untuk saya. Saya peluk TanSu bagi dia 1 kiss di pipi. Lepas tu Suzie kalungkan saya medal warna PINK yang saya idamkan. What a hard earned medal!!!! (FYI finisher saja yang akan dapat medal & fin-tee). Saya masih tak percaya yang saya dah lari selama 8 jam 42 minit = 50km dalam cuaca yang panas berdenting-denting!!!

Saya menangis gembira dalam hati saja. saya tak sangka saya boleh habiskan larian 50km seorang diri. FYI masa FM saya yang pertama (Twincity Marathon), TanSu pace saya. Masa FM ke-2 Yusrad pace saya. Ini adalah FM & UM pertama saya lari solo. I’m so glad I registered for this race & I finished strong!!!!!

pu3
BERJAYAAAAAAA!!!!

Lebih 80% of the other runners teruskan larian sehingga 10 jam COT. Saya tolong cheer them untuk teruskan larian hingga 10 jam. Kak Alyn dapat lari 30 loops = 60km (Champion Jr. Veteran). Amin & gang dapat 3rd place for their relay. Apeng Baizura pun podium (for Women Open). Saya? Saya Juara!!!! Juara di hati saya sendiri!! Juara di hati sifu-sifu saya. Juara di hati Husband & anak-anak saya. Juara di hati BFF saya Tun. Juara di hati siblings saya. Saya berjayaaaa!!!!!

For me Pink Ultra is a well organised event. Semua cukup especially matahari kih kih kih.. tembikai ada, red velvet ada, choc cake ada, coke ada, 100+ ada ice water ada, Marathon Baker ada. Eca si penyembur ice water comel ada, toilet yang bersih ada, toilet ToiToi ada. DRAMA bersiri tolak menolak pun adaaaaaa heheheeh #teamalynzack . Crews bagus friendly baik hati, photographer ramai. Runners peramah-peramah. Medal cantik, fin tee juga dijanjikan untuk finishers. Eghh.. Alhamdulillah semuanya cukup lah untuk saya, allah permudahkan semuanya.

Tahniah Arman, Suzie, Team Pacat, Marathon Baker, semua sponsors & everybody yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Anda semua hebaaattt!!! Saya happyyyyy!! Muach muah muah muah muaahhh… I am me! ayam ayam ayam mea!!!!

Will I do it again? Well why the heck not???? Bring it on!! (Haha..iye ke tu??) Ok, dah habis dah cerita. Jom tidoooo!!!

King Of Sg. Lembing – My 1st Trail Run

Date/Day : 15 October 2017 (Sunday)

Distance : 10km (Offical), 10.58km (Garmin)

Venue : Sg. Lembing – Pahang

As stated in the title, this is my 1st ever trail run. Saya memang takut nak cuba trail run sebab saya memang clumsy orangnya. Selalu tersadung, tersungkur, terpeleot, you name it. Kadang-kadang jalan rata yang tak ada turun naik pun saya boleh tergolek. Inikan pula trail. But everyone has their 1st time so this is my time.

Saya hanya training panjat Gunung Nuang & Kiara Park saja. Itu pun hiking aje, bukan running. So saya memang agak nervous untuk race kali ini. Saya dah beli water vest untuk running. Chewaahhh terasa macam trail runner professional. Padahal masuk category 10km saja. Hihi… Mahal ok vest brand UD homaigod!! RM599 sebelum sale. Saya dapat discount 20% so do the math sendirilah.

Tapi saya beli jugak sebab Yusrad my Sifu cakap kalau nak beli mesti beli yang bagus, yang elok yang kita akan berpuas hati dan tak akan beli yang lain dah. It’s like an investment lah. Saya beli warna Maroon even though color pink pun ada. Konon-konon bila anak-anak saya dah besar nanti diorang pun boleh guna. Kalau beli pink semestinya anak-anak lelaki saya takmo guna kan..kan..

So on the race day, macam biasa husband akan hantar saya. Kali ini dia & anak-anak tunggu dari mula hingga saya habis lari. Maklumlah hanya 10km katanya dengan target saya boleh habiskan dalam masa 1 jam 30 minit.

Race pun bermula. Category 50km & 21km dilepaskan dahulu. Ramai trail runners handalan yang saya nampak. Semestinya ada Faizal, ada G-Me, ada Omar. Saya ni tak kenal ramai orang sebab saya pemalu (kah kah). Selalunya lepas race saya terus balik rumah. Saya pun selalu training seorang diri saja. Sebab saya tau..saya ni slow runner.. kalau saya ikut group running, nanti kesian runners lain kena tunggu saya. so better saya training sorang, ikut pace lengkang mak minah saya. Runners yang saya kenal or kenal saya kebanyakannya semua memang kawan-kawan TanSu hehehe. Faizal tu ex-unimate saya. Yusrad pulak ex-colleague saya. Tu aje lah yang saya kenal pun.

Eh, panjang pulak membebel. Anyway, saya pun berlarilah bersungguh-sungguh. Dengan bawak hydration bag saya yang berkilat-kilat tu..kihkih.. Farah pun ada bersama-sama berlari dalam event ini. Dia yang sebenarnya ajak saya register trail run. Budak tu memang adventure. Serba boleh tu..

KOSL
Farah & I

Saya bermula dengan pace yang baik. Tapi sampai aje ke KM2 dah start bukit mencanak. Huk..huk.. dengan trail pun dah start. Ada batu-batu kecil sepanjang jalan trail. Macam biasalah saya terpeleot 1 kali. Syukur tak tercium tanah. Kami kena lari (tapi saya jalan aje huhu) mendaki sepanjang lebih kurang 2km sampai ke u-turn di KM4 or KM5. Lepas tu kena u-turn dan turun semula ke bawah bukit dan sambung lari.

Route seterusnya hanya road yang rata saja. Ada lalu jambatan gantung yang bergoyang kuat. Huuiii gayat saya ok! Saya rasa saya lari slow giler..sebab saya rasa macam saya heret aje kaki saya ni. Tapi my timing was 1 jam 21 minit untuk 10.58km yang direkodkan oleh jam saya.

KOSL1
Medal cantik!!

Lepas habis race, saya posing-posing sikit dengan Farah dan balik ke Kuantan semula. Dalam perjalanan balik tu, masih ramai runners category 21km sedang berlari. Saya cheered for them & tunjuk thumbs up for them. Petang tu saya dapat berita yang category 50km had been called off because of bad weather. Hujan ribut kuat bahaya untuk sambung race.  Tangga dah jadi macam air terjun! Better safe than sorry. There will be a lot of other races in future. So frust ye.. diri kena jaga dulu… body kita tak ada sparepart untuk dibeli. Spare tyre (lemak-lemak) banyak lah kan..hihih..

Saya suka trail run! Saya akan register lagi next time. Maybe akan cuba distance yang lebih jauh insyaAllah….

Ok lah… tata!!!

 

 

 

 

Gunung Nuang with Ikerx

Assalamualaikum semua. Saya dan Ikerx dah kenal sejak 1995. Kami satu sekolah dulu di Muor. Ikerx orang Port Dickson, saya orang Rantau (20 minit dari Seremban). So kami selalu balik kampung satu bas. Di situlah kami rapat & clicked.

Entah macam mana satu hari Ikerx kata nak ikut saya hiking dan kebetulan memang saya nak pergi hiking sebab nak training untuk my 1st trail run in 15 Oct. So yeah.. marilah!

Mula-mula kami sepakat nak pergi 4 orang ke Gunung Nuang. Tapi last-last minit 2 orang tarik diri so.. hanya Ikerx & I. Saya tak kisah sebab saya tak pernah jumpa Ikerx lagi sejak kami habis SPM. Maknanya dah 22 tahun kami tak berjumpa!! HOHEMGI!! (Tuanya kitaorang!!) Saya rasa macam selalu berjumpa aje sebab kami keep on contacting each other via whatsapp.

Semasa di sekolah dulu kami berdua adalah ahli Kelab Kembara. Ikerx lah yang handal..saya ni ahli sendu saja. Sebab saya memang dari dulu tak suka camping sebab tak suka konon-konon kotor-kotor & tak dapat tidur di atas tilam empuk..kihkihhh.. One of the reason saya bersetuju nak naik ke Gunung Kinabalu pada Februari lepas pun sebab ada hotel di Laban Rata…mihmihmihhhh… tak perlu tidur dalam khemah. So not happening for me!

nuang1

So kami start hiking selepas solat Subuh. Borak-borak panjang dengan Ikerx. She has good stamina walaupun dah berkurun-kurun tak hiking. Slow & steady aje. Ikerx hanya berhenti berdiri kejap-kejap aje. Dan terus panjat..panjat..& panjat. Takde 1 complaint pun keluar dari mulut dia. Bagoooss I loike!! Saya memang tak berapa ikut pace Ikerx. Saya panjat dulu. Tapi saya akan tunggu di depan kalau saya dah tak nampak kelibat dia. Bila dah nampak Ikerx..saya teruskan pendakian.

Kami sampai ke Kem Pacat setelah 4 jam mendaki. Well it’s really a good timing for 1st timer like Ikerx. Job Well done!! Nuang is not an easy mountain I tell you. My best timing untuk sampai ke Kem Pacat is 2 jam 30 minit. Untuk sampai ke summit pula record saya adalah 5 jam! Saya dah naik Nuang 5 kali dan hanya 1 kali saya berjaya sampai ke summit. Bila penat & stress, Ikerx sebut “Air kelapaaaa air kelapaaaaa” Haha..mungkin pemangkin semangat dialah agaknya. Bila dah sampai ke Kem Pacat, kami ambil banyak gambar di pokok Rapunzel. Ikerx happy!!

nuang

Kami turun pun mengambil masa 4 jam jugak. Slow-slow saja. Takde rushing pun. Ikerx belanja saya makan tomyam sedap!!! Ada air kelapa kat kedai tu, tapi Ikerx takmo pulak.. hehehe..

Kesimpulannya, kami happy dapat jumpa selepas 22 tahun terpisah dan macam-macam cerita dapat di catch up semula. So..till we meet again Kerx!!! Tata

22071181_2105081779715745_7372653839981215744_n(1)
My Nuang Series. Dari debab ke slimmer..hehe

 

AXA Run 6km

Date/Day : 24.09.2017 (Sunday)

Distance : 6km (Official), 5.9km (Garmin)

Venue : MAEPS Serdang.

Assalamualaikum semua. UPSR dah habis!! Yahuuuu… Alhamdulillah. abang Long menjawab dengan tenang. Memang ada paper yang susah & Abg Long pun susah hati sebab BM paper 1 dia kata dia hanya dapat 14/20. Tapi tak apa lah.. semuanya sudah tertulis. Kita dah berusaha bersungguh-sungguh, sekarang kita hanya boleh berdoa & tawakkal saja. Biar Allah yang menentukan semuanya.

Saya registerkan anak-anak saya untuk larian AXA 6km ini. Saya hanya lari ghost sahaja. Ghost means, tak register tapi ikut sama lari hehe.. jahat ke? Tak la.. janji kita tak curi medal orang lain & saya juga tak minum air yang disediakan sebab saya tak register. saya hanya ambilkan untuk anak-anak saja.

axa run

Abg Long berlari laju dan terus meninggalkan Adik & saya ke belakang. So saya & Adik lari slow & steady aje. Adik did good. Hanya sekali dua saja mengadu penat. Mungkin sebab kami dah training bersungguh-sungguh so Adik lari dengan baik.

Bila lagi 1km nak tiba ke finising line, Adik tiba-tiba pecut tinggalkan saya di belakang. Laju budak kecik tu. Memang saya tak terkejar. So.. saya finished in 49 minit. Maknanye mungkin Adik 48 minit dan Abg Long kata dia dah 5 minit sampai. Means Abg Long did it in 43 minutes. Waahh lajunya Abg Long for 6km!!

My kids were happy for their achievement. Bagooos boys!!!! Nanti ibu registerkan lagi ok. anak-anak saya tu bercita-cita tinggi nak naik podium suatu hari nanti. Amiiinnn… semoga tercapai cita-cita tu.